Friday, 20 July 2012

Hiking @ Tabur 9.7.2012


Tabur West

Pengalaman ke-2 ku mendaki Bukit Tabur di Taman Melawati berdekatan dengan empangan. Medaki Tabur ada 2 bahagian samada Tabur West atau East. Yang aku cuba melalui West dahulu dan perjalanan tidaklah mengambil masa berjam2 seperti mendaki CBL ritu. Tabur kejap jer nek ke atas ttp walaupun santai trek ini mmg curam dan bahaya kerana batu bata yg tajam boleh menyukarkan perjalananan. 

Bagi yang tidak biasa akan berasa sukar untuk melalui trek batu bata ni sebab lebih kurang macam rock climbing di mana ada part2 yg kne memanjat dan menuruni batu bata tersebut menggunakan tali atau yang sudah biasa rock climbing mmg senang lah. Yang buat aku teruja sangat di Tabur West ni melihat keindahan alam di waktu matahari terbit mmg indah sekali. Betul indah buat aku terpegun dengan ciptaan-Nya! SubhanAllah!! Cantik sungguh alam Mu ini...sungguh cantik sampai tidak disedari wujud keindahan sebegini di depan mata.

Pemandangan di waktu pagi mmg indah sgt2!!

Fajar menyinsing menyinari alam semesta

Gambaran Tabur bagi salah satu puncak yang perlu didaki!

Perlu mendaki secara rock climbing kalu mahu ke atas tanpa menggunakan tali.

Pemandangan UIA dari atas Tabur West.

Kami berada di puncak!!

View yang cantik untuk dijadikan kenangan indah di Tabur West.

Mission Accomplish!!


No comments:

Post a Comment