Assalamu'alaikum WRT..
Sebelum ulasan di panjangkan ingin ku memohon sepuluh jari meminta maaf kepada yang sudi membaca blog ku ampun dan maaf di pinta jika ada salah atau silap atau terkasar bahasa berbicara sebelum ini.
Nawaitu di hati hanya sekadar ingin berkongsi luahan hati bukan menyinggung atau mengherdik mana-mana pihak pun, harap terbuka dan dilapangkan hati semua yang sudi membaca blog ini.
Menyambut ramadhan memang saat yang indah dan juga menyedihkan bagi ku. Di bulan ramadhan aku belajar insafkan diri sendri dan di bulan yang mulia itu juga arwah mak (yakni aka 'che') meninggalkan kami 8 beradik dan perasaan pilu tu masih terasa di dalam hati walaupun sudah 10 tahun arwah pergi. Betapa aku rindukan arwah sangat, hanya al-fatihah yang mampu aku sedekahkan masa kini wpun jauh di lubuk hati inginku berikan segala kesenangan yang kami kecapi waktu ini untuk di kongsi bersama-sama arwah. Ingin ku ringan beban arwah masa membesarkan kami 8 beradik di waktu sekarang tak dapat arwah kecapi, inginku merasai kemanjaan dengan pelukan dan masakan arwah, inginku rasai waktu aku menyambut ramadhan dan hari raya bersama arwah, inginku rasai kemanisan bersama seorang ibu yang sudah lama aku tidak kecapi.
Setiap kali kami balik kampung mmg rumah yang ditinggalkan kosong kena dibersihkan terlebih dahulu dan di kemas semula. Persiapan raya semua kami sendiri sediakan dan tugasan rumah hanya kami perempuan 3 beradik yang laksanakan kesemuanya. Betapa hatiku teringin nak rasai suasana balik kampung di sambut oleh seorang ibu. Di pagi raya jam 7 pagi lagi kami dah ke kubur arwah ibu sama-sama membacakan yasin barulah kami menjejakkan kaki ke masjid untuk solat hari raya.
Seminggu beraya di kampung memang kami sibuk dengan menziarahi sanak saudara belah ayah dan belah arwah mak sepanjang masa. Rumah sendiri ibarat hotel persinggahan untuk bersihkan diri tapi itu lah rutin tahunan kami jika balik kampung. Segala permintaan ayah memang kami sebagai anak-anak turuti setakat yang mampu. Jika dahulu susah nak balik kampun tak cukup kenderaan, sekarang alhamdulillah kenderaan lagi lebih kekosongan jer untuk sape2 balik kampung. Lebih daripada cukup dengan 5 buah kereta untuk kami anak beranak berjalan2 sakan masa balik kampung. Janji kami sekeluarga bersatu bersama walaupun selalu bertekak leher dengan hal remeh temeh.
Sesungguhnya, aku bersyukur ke hadrat Ilahi masih memberikan aku peluang merasai suasana Hari Raya yang tetap bermakna walaupun simple di mata orang.
Wassalam
-quxiena-
No comments:
Post a Comment