Wahai gadis,
Kenapa kau begitu mudah tewas dengan pujuk rayu lelaki?
Kenapa pegangan mu terlalu tulus tanpa perlindungan?
Kenapa kau hanyut dibuai ayat-ayat manis lelaki yang baru kau kenali?
Tidakkah kau terfikir akibat & musibah yang telah berlaku ke atas saudara perempuan mu yang lian?
Mengapa kau biarkan perahu mu hanyut jua tanpa kemudi?
Tidak kah kau rasa berdosa terhadap kedua orang tua mu?
Siapakah mereka sebenarnya di hati mu?
Adakah dunia yang kau harapkan akan indah seperti yang kau harapkan?
Pernahkah kau terfikir akibat perbuatan mu itu?
Sedarkah enkau bahawa hidup tanpa restu orang tua mu akan sia-sia jua?
Wahai gadis,
Kembali lah engkau ke pangkal jalan.
No comments:
Post a Comment